Monday 20 December 2010

KEMBALI KEPADA 'KHALIQ'


I

Ya Allah tuhan yang esa
Aku hanya manusia biasa
Hidup dan mati ku
Sekadar Ehsan
Rahman dan Rohim mu

Kedua tangan ku tadah
Memohon pertolongan Mu
Aku percaya dan yakin
Tiada yang sebenar ujud
Melainkan kau Ya Allah
Aku yakin kaulah ‘Khaliq’

II

Ya Rahman
Seluruh jiwa dan jasad
Ku serah pada mu
Ku pohon petunjuk
Ku pohon hidayah mu

Tunjukkan kepada ku
Jalan yang benar
Jalan yang lurus
Jalan yang diredhai
Jalan yang membawa
Ke Syurga Jannah

III

Ya Rohim
Pimpinlah aku kejalan Mu
Andai kata ikutan langkah ku
Menuju jalan sempit berliku
penuh onak dan duri
yang mengundang
kesesatan dan kemudaratan
jalan menuju
Neraka Jahannam

IV

Ya Zal Jala Liwal Ikrom
Pohon ku padamu
Ampun kan segala
Kesilapan dan keterlanjuran
Kesalahan dan kezaliman
Kekufuran dan kemungkaran
Redhakan taubat ku


Cbazmibidin@ 2230 Hrs
19 Disember2010

(Untuk anak-anak ku Che Nor Aziah, Che Ahmad Syauqi, Che Ahmad Syafuan, Che Nur Izzah, Che Nur Aina Nadia dan Che Ahmad Syahir ).

Tuesday 22 June 2010

MULU OH MULU


Ku pendam di lubuk hati
Hasrat menjelajahi bumi mu
Tiba saat yang di nanti
Takdir Allah yang mempertemu
Ku pergi dengan bersaksi
Gumpalan awan putih dan biru

Jejak kaki ku yang pertama
Terpukau dengan keindahan
Bagai malam bulan purnama
Gemersik merdu geselan dahan
Hembusan angin yang berirama
Mengakui keagungan tuhan

Kesyukuran ku hanya pada mu
Tuhan yang mencipta sekelian alam
Kurnia mu pada diri ku
Kau tunaikan hajat terpendam
Ya Allah engkaulah tuhan ku
Tuhan ku sembah hingga akhir kalam


Cheazmibidin
19 jun 2007

Saturday 27 March 2010

Melayu Yang Layu

Wahai melayu
satu ketika dulu
kau umpama penyapu
Pasir Salak memahat sejarah
demi maruah bangsa
darah musuh ditumpahkan
nyawa ditukar ganti

wahai melayu
kini
kau umpama seekor lembu
hidung dicucuk
diikat kemili dan tali
ditarik kesana kemari
dimana kau diikat
disitulah kau berdiri
makan kau tunggu diberi

wahai melayu
dimana semangat perwira
mat kilau, datuk bahaman, Tok Janggut dan datuk lela
yang menjadi keagungan mu
kau sanggup ketawa dan mengilai
bersama-sama penjarah
menghina raja
yang kau daulatkan
mencemarkan maruah melayu
ditanah air sendiri

Wahai melayu
sedar dan insaflah
sebelum tamaddun bangsa mu
menjadi sejarah
kerana kelemahan dan kebodohan mu
kerana rakus dan derhaka mu
kepada raja yang kau daulat

Wahai melayu
akhirnya pesan ku
jangan kau ikut nafsu
kerana ia akan membinasakan mu

cheazmibidin
7 Mac 2009

Tuesday 23 March 2010

Cemeti suci

Allah Hu Akbar!

Hukum dicabar lagi

Petunjuk apa yang dicari

Atau hanya sekadar menduga

Kental pasak tiang seri


Allah Hu Akbar!

Tonggak katanya teguh

Sokong bunyinya ampuh

Yang datang bukan ribut

Sekadar angin sepoi bahasa

Sedarnya sokong masih rapuh


Allah Hu Akbar!

Maulana Mujahid

Di mana cemeti mu

Campak didepan ku

Ku rungkai cabaran ini

Dengan bersaksi kitab suci


Cheazmibidin@27 Ogos 2009

Anugerah


Tuhan ku ...
tanah yang ku pijak
langit yang ku junjung
air yang ku teguk
segar udara yang ku hirup
meneguhkan keyakinan ku
engkaulah pencipta
yang esa

Tuhan ku...
rahmat mu
kasih mu
hidayah mu
membara kan kepercayaan ku
engkaulah yang disembah
dengan sebenar-benarnya

Tuhan ku ...
roh ku
jasad ku
apa yang ku miliki
hakikatnya
adalah hak mutlak mu

Tuhan ku ...
dengan air mata keinsafan
ku mohon pada mu
ampun kan segala dosa ku
dosa kedua ibu bapa ku
dosa isteri dan anak-anak ku
dosa sekelian muslimin dan muslimat
hanya engkaulah
yang maha pengampun


Cheazmibidin
21 Feb 2009

Monday 22 March 2010

AYAH KU


Ayah
biar ku bersimpuh
menjamah kaki mu
biar ku berulang-ulang
memicit dan mengurut
urat dan daging
kedua kaki mu

Ayah
ku tahu
hayunan kaki mu
tak terbilang
jauh jalan mu
tak terukur

Ayah
ku tahu
kaki ini telah letih
meniti permatang
mengharung lumpur
meredah air berbisa

Ayah
ku tahu
kaki mulia ini
telah menabur bakti
subur dan semarakkan
generasi ini

Ayah
dengan linangan air mata
hati yang tulus ikhlas
penuh syahdu
anak mu
doakan
keselamatan
kesejahteraan
kebahgiaan mu selalu

6 Feb 2009 @ 2230 hrs

ANAK KU


Anak ku
Tika kecil mu
Kau dibelai dan dipuja
Tubuh comel mu dipeluk manja

Kucupan sayang ciuman mesra
Lena mu didodoi bak putri raja

Anak ku
Tika kecil mu
Rengek mu meruntun jiwa
Tangis mu buat ayah bonda lara
Sakit mu ayah bonda yang rasa
Resah mu bonda tak tidur jua

Anak ku
Tika kecil mu
Senyum mu pengobat jiwa
Ketawa mu bagai ukiran kata-kata
Gembira ayah bonda tak terkira
Terubat segala sengsara duka

Anak ku
Bila kau remaja
Usia mu jangan disia-sia
Curah baktimu sepenuh tenaga
Azam dan tekad biar berganda
Tuahmu puncak kejayaan ditempa

Anak ku
Bila usia kau dah dewasa
Masa silam usah kau lupa
Sayang diri mu sayangilah keluarga
Hidup sempurna bahagia sentiasa

Anak ku
Jangan kau lupa segala ajaran
Sunah rasul jadi panduan
Kitab allah jangan abaikan
Jangan sekali agama kau tinggalkan

Cheazmibidin

5/6/2007 @ 1430

IBU KU


Ibu
izinkan anak mu
merangkul
memeluk
mencium mu

izinkan anak mu
merasai
getar
denyut
jantung mu

izinkan anak mu
mengusap
membelai
wajah mu

izinkan anak mu
mengingati
mengenang
kasih
sayang
jasa
pengorbanan mu

izinkan anak mu
melafaskan
kata syahdu
Ibu ...kaulah segala bagiku
Ibu ...kaulah syurga ku


Cheazmibidin29/1/09 @2220 hrs

KASTURI YANG KU SIMPAN


Jangan kau pandang dengan mata yang pejam
Kerana aku bukan manusia yang kejam
Jangan kau renung dengan mata yang kaku
Kerana aku bukan musuh mu
Pandanglah dengan gerak hati mu
Biar ku lihat kasturi yang kau sembunyi
Luah dan hamburkan
Biar dapat aku menghidu
Wangi kasturi yang terbang lalu
Kalau hajat menjadi restu
Kan ku sambar menjadi milik ku
Biar musim dan zaman berlalu
Kau tetap menjadi pujaan hati ku
Akan ku simpan semangat dan jiwa mu
Didalam hati dan jasadku

cheazmibidin27/1/09 @0920 hrs

PENGUASA

Dituntut mana ilmu ini
Penguasa dikata tiada kuasa
Yang diberi kuasa dimulia
Perintah Penguasa diambil lewa

Amanah siapa yang dibawa
Perintah siapa yang dijaja
Biadapnya pada penguasa
Tiada taat dan setia
Derhaka! Derhaka! Derhaka!

Betulkah begitu
Benarkah begini
Wajarkah itu
Logikkah ini

Dam! Dam! Dam!
Tak cukup lagi
Tong! Tong! Tong!
Masih tak cukup lagi
Gedegam! Gedegam! Gedegam!

Baru rasa lega
Penguasa terbela


Cheazmibidin
13 Feb 2009 @1630

JANJI SETIA

Ketika bayang mu menapak
Embun jerneh memutik di indera ku
Bergenang-genang
Indera ku membara bagai saga
Memuntahkan zam zam keramat
Membasahi dinding wajah

Sedu menggegar jasad ku
Menelan ombak badai lara
Merungkai beban ibu jiwa
Mencari kekuatan minda
Memulih semangat yang hiba

Ibu dan Ayah
Janji setia ku
Kasih sayang ku tak berbelah
Sanjungan ku tak akan berubah
Doa untuk mu mengiringi ibadah

Ya Allah Ya Tuhan ku
Mohon ku perkenan mu
Sejahteralah kehidupan Ibu dan Ayah ku
Limpahkan kurnia mu kepada mereka
Kebaikkan didunia dan diakhirat.


Cheazmibidin @ 0330 6 Feb 2010

JASA

Singa dan Harimau
Gagah kah mereka

Anak kecil ku berkata selamba
Ayah ...Singa kan di Afrika
Harimau pula tidur dibelantara
Biar lah gagah mereka
Di sini kita yang berkuasa

Bagaimana Si Anjing
Garang kah ia

Anak kecil ku pantas bersuara
Ayah ...Anjing kan banyak berjasa
Pencuri takut padanya
Garang nya mistilah ada
Harta kita akan dijaga

Bagaimana Si Anjing gila
Bahaya kah ia

Anak kecil ku menjawab segera
Ayah ....Anjing gila mana ada
Penyakitnya saja yang ada
Itu pun kalau digigitnya kita
Penawarnya kan doktor dah ada

Bagaimana manusia
Berjasa kah mereka

Anak kecil ku pantas berkata
Ayah ....Kita kan manusia
Ayah dan ibu kan dah berjasa
Berkorban sepenuh jiwa raga
Membesar dan mendidik saya

Cheazmibidin14 Feb 2009 @0300

KAMI LAH PEWARIS


Kami dari rumpun yang sama
peninggalan datuk dan nenek
kami akan berjuang di medan
untuk menegakan tunjang
yang diwarisi kepada kami

Akan kami semarakkan
rumpun bertuah ini
menjadi belantara
yang merentasi benua

kan di buktikan
benih yang disemai
dari baka yang bertuah
di laut menjadi pulau
di darat menjadi gunung
di udara menjadi bayu

Yang menguasai arasi
ubun kami diatas sejadah
mengakui dan menghayati
keagungan dan kebesaran
taufik dan hidayah mu

kekal lah kami sebagai pewaris


cheazmibidin27/1/09 @2200 Hrs

PELITA MASIH MENYALA

Nenek ku ....
tika itu
ubun ku masih mentah
tangan dan kaki
masih lemah
kau yang peluk
kau yang pimpin ku

Nenek ku ....
tika itu
dada ku kosong
tiada secuit ilmu
kau ajarku surah
dari kitab allah
kau ulang-ulang
hingga tertanam dibenak ku

Nenek ku ...
tika itu
tingkah laku ku tak tentu
nakal ku ikut nafsu
cacian dan cemuhan
dilempar ke muka ku
kau yang pendam malu

Nenek ku...
Masa pantas berlalu
dewasa ku
tak dapat cium tangan mu
hanya bayangan
wajah
senyum tawa mu
menemani ku

Nenek ku ....
mengenang waktu bersama
jasapengorbanan mu
yang terpahat dimemori
tak kan ku padam
surah dari kitab
yang diajar padaku
ku hadiahkan untuk mu


Cheazmibidin21 Feb 2009 @0020

(Ya Allah kau tempatkan roh nendaku Sadiah bt Yaakub dikalangan hambamu yang mendapat rahmat dan keampunan mu)

ILMU

Ilmu ! Ilmu!
kata ayah ku
nak lihat dunia
kau perlu tahu
nak tahu
kau perlu ilmu

Ilmu! Ilmu!
katanya lagi
ramainya guru
ilmu tak datang pada mu
nak tahu
kau perlu berguru

Ilmu! Ilmu!
serunya lagi
macam-macam ilmu
kau akan keliru
nak tahu
kau perlu istiqomah selalu

Ilmu! Ilmu!
suaranya padu
luasnya dunia ilmu
kau akan beristifar
nak tahu
kau dah dipimpin ilmu

cheazmibidin28/1/09 @0210 hrs

KALAM BUMI

Merenung langit yang dijunjung
ku lihat bulan bercahaya indah
bintang-bintang warna berseri
aku berfantasi

Merenung bumi tempat berdiri
ku lihat tanah subur
pasir halus berdebu
aku terlupa diri

Merenung laut luas terbentang
ku lihat ombak bergulung
pantai mengayak pasir
aku terpesona

Merenung gunung tegak berdiri
ku lihat awan tepu
angin menghembus rintik-rintik
aku terpegun

Hati nurani tersentuh
terucap kalimah "Allah hu akbar"
maha suci allah
kebesaran dan kekuasaan mu
kaulah pencipta abadi

Cheazmibidin
17 Ogos 2005 @1330

PESANAN


Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan dilupa amalkan ilmu
agar hidup mu bahagia selalu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Iktikadkan kepercayaan dan keyakinan mu
hanya allah yang esa tuhan mu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Nabi Muhammad itu rasul mu
selawat dan salam setiap waktu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan sekali ditinggal solat mu
agar diampuni segala dosa mu

Dengar lah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan diabai puasa ramadhan mu
agar dirimu dirahmati selalu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan dilupa zakat harta mu
agar diri mu diberkati selalu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan dilupa kerjakan haji mu
agar sempurna amal ibadat mu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan dilupa asal usul mu
kepada allah jua kembali mu

Cheazmibidin6 jun 2007 @ 1350

MUNAJAT KU


Aku hanya manusia biasa
Hidup didunia inginkan bahagia
Ya Allah limpahkanlah kurnia
Agar hidupku sentiasa bahagia

Ya Allah Ya Rah man
Ya Allah Ya Ra him
Ya Allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

Mohon ku hanya pada mu
Ya allah tuhan yang satu
Tuhan yang tiada sekutu
Memberi rahmat pada diri ku

Ya Allah Ya Rah man
Ya Allah Ya Ra him
Ya Allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

Ku pohon rahmat dan restu
Mendapat petunjuk dari mu
Untuk ku amalkan ilmu
Yang diajar pada diri ku

Ya Allah Ya Rah man
Ya Allah Ya Ra him
Ya Allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

Ku pohon ehsan dari mu
Penuhkan ilmu didada ku
Untuk diajar anak dan cucu
Agar menjadi manusia berilmu

Ya Allah Ya Rah man
Ya Allah Ya Ra him
Ya Allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

Ya Allah tuhan yang satu
Yang menguasai segala ilmu
Berilah taufik dan hidayah mu
Untuk diri ku kembangkan ilmu

Ya allah Ya rah man
Ya allah Ya ra him
Ya allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

cheazmibidin31/1/09 @0400 hrs